012-2241043/ 012-3041061 sales@myhanawallpaper.com

Wainscoting

Wainscoting Profile Tebal Hana Wallpaper 3 Wainscoting Profile Tebal Hana Wallpaper

Kenapa Sesetengah Wainscoting Di Dinding ‘Nampak Ada’, Sesetengah tu Antara Nampak tak Nampak Je?

Wainscoting yang kami bekalkan atau pasangkan biasanya mempunyai standard material serta lebar dan tebal tertentu.

Alang-alang berbelanja kasar untuk makeover rumah, lebih baik dapat hasil yang memuaskan dan ‘everlast’

Dalam projek yang ini, kami tidak menggunakan standard profile kayu yang selalu kami guna. Customer mahukan profile yang lebih lebar dan tebal.

Kebiasaannya profile kayu yang lebih tebal dan lebar akan buat wainscoting nampak lebih ourstanding berbanding profil yang halus/ tipis.

Begitu juga jika memilih jenis material seperti memilih pvc dan cornice sebagai material pilihan. Impak berbeza akan terlihat di dinding selain kualiti dan ketahanan material yang berbeza-beza.

Misalnya, material jenis pvc agak mudah dipasang dibandingkan dengan kayu nyatoh kerana sifatnya yang ringan tapi perlu belanja lebih sikit jika berniat mengecat kerana perlu gunakan cat minyak. Cornice pula adalah material yang agak murah tetapi perlu berhati-hati khasnya di kawasan bucu atau bawah dinding kerana sifat cornice yang agak rapuh.

Kesemua faktor seperti jenis bahan, tebal dan lebar, jenis cat digunakan pastinya akan ada impak kepada harga/ belanja yang harus dikeluarkan.

Begitu juga jenis dan warna cat, design serta kualiti atau mutu pemasangan wainscoting itu sendiri akan menentukan hasilnya nanti.

Samalah seperti kita memilih material kain untuk menjahit baju. Kebaya dari kain cotton akan terlihat berbeza dari kebaya jenis sutera. Kualiti jahitan tailor juga akan terlihat pada hasil akhir bajunya.

Ye, kebaya, potongan yang sama, material berbeza, menggunakan khidmat tailor amatur atau professional pastinya memberikan hasil yang berbeza.

Bagaimana buat wainscoting nampak outstanding? Jenis Bahan, Tebal dan lebar bahan, warna serta kualiti pemasangan semestinya jawapannya.

Slot terawal untuk diy atau pemasangan kami adalah pada May 2019.

Jika anda memang bercadang untuk mencantikkan rumah sempena Aildilfitri, whatsapp kami untuk quotation online secara percuma.

Kualiti material dan pemasangan adalah menjadi sasaran kami untuk setiap perkerjaan yang kami lakukan

Call Now Button