012-2241043/ 012-3041061 sales@myhanawallpaper.com

waterdrop-hana-wallpaper-shah-alam

MALANG TAK BERBAU. KERANA AIR JATUH SETITIK SETITIK, HABIS ROSAK WALLPAPER RUMAH.

Duduk face to face dengan customer ni selalunya kalau kita menjadi pendengar yang setia, banyak pelajaran hidup yang kita boleh belajar.

Pelajaran hari semalam adalah
Rezeki itu hak Allah. Kadang-kadang kesengsaraan orang lain menjadi pintu rezeki kepada kita walaupun tak sekali-kali kita minta kesusahan orang lain. Allah Maha Pemberi Rezeki dan Berkuasa atasNya untuk memberi kita Rezeki dari sumber yang tak disangka-sangka.

Ini bukan hal duit yang masuk. Ini berkenaan macam mana duit tu disalur masuk.

Customer whatsapp tanya info berkenaan wallpaper. Itu biasa.
Customer cakap nak datang kedai lepas maghrib. Itu pun biasa.

Customer sampai betul-betul lepas maghrib. Ini luar biasa.
Sebab selalunya customer lewat atau tak jadi datang hahaha. ?

Bila cerita pasal nak makeover rumah atau nak deko-deko ni selalunya emosi customer dan penjual adalah happy lalalala. Sebab nak rumah cantik, nak masuk rumah baru. Atau nak makeover rumah nak dinding cantik. Ini biasa.

Customer yang ini datang agak terburu-buru.
Dia tanya ada tak corak warna ini? Ini biasa juga.
Kami kata ada. Banyak. Pilihlah saja mana berkenan cik.

Bila dia kata, Sebenarnya…

yang ini dah mula nak seram.

Cik tu mulakan cerita,

“mula-mula balik kerja. Lepas tu rutin biasa basuh baju guna washing machine biasa tulah. Pastu penat. Saya pun lepak dalam bilik dan tertidur.”

“Bila bangun tidur saiya tengok air dah takat buku lali. Rumah dah banjir! Air dari salur machine tak masuk dalam toilet!!”

Seram kan? Dah apa susah tu? Mop or sapu je air keluar kan selesai masalah?

Seramnya tu bila rumah dia tingkat atas. Rumah jiran dia belah bawah tu caaaantik habaq hang. Satu rumah berwallpaper. Titik-titik air dari atas menyelinap masuk ke rumah bawah dan reaksi air dan kertas pantas mengembangkan kertas dinding yang cantik ittew!

Maka disitulah timbul seramnya bila mana cik cik yang menyewa tingkat atas tu terpaksa ganti wallpaper jiran mereka.

Bila jadi macam ni, yang pertama sekali, kami ni seller rasakan bersimpati dengan apa yang cik cik tu alami. Memang kerja kami bantu cik cik tu.

Yang kedua maka Betullah yang Allah tu akan dan boleh beri rezeki yang tak kita sangka-sangka. Siapa sangka siapa menduga kan. Ganti wallpaper orang? Di mana emosi happy lalalala biasa tu? Ini dah jatuh tahap nak tak nak mesti diganti dan tahap wajib bantu masalah cik cik tu tadi.

Kami kat sini cuba selesaikan masalah cik cik tu dengan menawarkan design dan warna yang sesuai dengan bajet cik cik tu. Syukur, akhirnya selepas melihat beberapa pilihan, cik cik tu berjaya mendapatkan wallpaper yang sesuai dan dipersetujui pula oleh tuan rumah,  Alhamdulillah.

Ada sesiapa nak ganti wallpaper rumah yang dah lama atau dah rosak tu?

Whatsapp kami di 0123041061/ 0122241043

Terima kasih kerana sudi baca sampai baris terakhir ?

#wallpapergembira
#dindinggembira
#jirangembira

Www.myhanawallpaper.com

 

Call Now Button