012-2241043/ 012-3041061 sales@myhanawallpaper.com
Perbandingan Material Kabinet Dapur

Kabinet dapur adalah antara ‘checklist’ perlu yang memerlukan perancangan rapi kerana sejumlah wang yang besar bakal dilaburkan. Perancangan yang teliti dari segi rekabentuk dan ergonomik sangat perlu kerana pertamanya kabinet dapur ini akan bersama-sama anda tempoh 5 ke 10 tahun akan datang (atau mungkin lebih) dan keduanya supaya keselesaan dan keselamatan di dalam dapur terpelihara.

Terdapat banyak bentuk kabinet dapur : Straight Line (Tegak), Parallel (Selari), U-Shape (bentuk U) dan L-shape (bentuk L).

Bentuk Dapur akan kita rancang berdasarkan bentuk/ ruang dapur rumah baru kita. Seterusnya adalah pemilihan material dapur.

 Apabila disebut material kita biasanya merujuk kepada 2 bahagian dapur :

(1) Pintu Kabinet dan

(2) Working Top / Table Top.

Pemilihan material biasanya adalah berdasarkan konsep samada Moden, Bali, Minimalis dan juga ditentukan oleh faktor bajet dan lifespan atau ketahanan sesebuah dapur.

Misalnya jika mahu tahan lebih lama, pintu kabinet nyatoh adalah lebih baik berbanding melamine.

Untuk sampel pemasangan dari kami sila rujuk link http://bit.ly/KabinetDapurShahAlam

Perbandingan Material Kabinet Pintu

Glossy Arcrylic

  • high-gloss-acrylic-colors-kabinet-dapur-shahalam
  • + Material Berkilat (Glossy)
  • + Banyak Warna Pilihan
  • + Memberikan efek seperti cermin dan membuatkan dapur nampak luas.
  • + Lebih murah dari glass door.
  • + Lebih ringan dari glass.
  • + Tidak akan bertukar kekuningan selepas beberapa tahun.
  • acrylic-kitchen-doors-12--Kabinet-Dapur-ShahAlam

Melamine

  • melamine-kitchen-cabinets-Kabinet-Dapur-ShahAlam
  • + Melamine adalah ‘compressed wood particle’ yang kemudian disalut dengan resin yang kemudiannya dikilangkan dalam pelbagai corak dan warna.
  • + Banyak Design dan Warna Pilihan. Contohnya seperti pilihan ira kayu dan juga warna-warna solid seperti putih, merah dan hitam.
  • + Kalis lembap, panas dan kotoran kerana coating luar yang lasak. Mudah dibersihkan. Tetapi mungkin mengalami wood chipping (berhabuk) dan sekiranya terdedah kepada air, keseluruhan bahagian akan mudah rosak.
  • + Murah berbanding dengan material pintu yang lain.

3G Glass Door

  • 3g-glass-door
  • + 3G glass door adalah kaca yang di’spray’ kemudian disokong dengan kayu (board) dibelakangnya. Ini memjadikan pintu lebih tahan lasak dan berat.
  • + Lebih berkilat dari glossy arcrylic kerana diperbuat dari kaca.
  • + Datang dengan frame aluminium dan juga built in handle.
  • + Tidak mudah bercalar.

4G Glass Door

  • 4g
  • + Adalah 3G yang ditambah baik.
  • + Aluminium frame adalah tersorok dan bahagian belakangnya disokong dengan aluminium dan kaca (bukan kayu). Memberikan efek cermin yang lebih.
  • + Datang dalam pelbagai warna dan Tidak mudah bercalar.

Perbandingan Material Working Top

Natural Stone

  • granite-countertops-Kabinet-Dapur-ShahAlam
  • Datang dalam banyak warna yang cantik. Warna-warna dari warna cerah, gelap atau merah.
  • Selepas dipotong biasanya di’treat’ dengan sejenis sealer supaya menjadi kalis calar.
  •  10-15 tahun (dengan penggunaan pengilat)
  • Harga per foot run biasanya sangat mahal

Solid Surface

  • Solid-Surface-Top-KabinetDapur-ShahAlam
  •  diperbuat daripada 100% acrylic, 100% polyester, atau kombinasa acrylic dan poly
  •  Kalis kotor dan calar yang tinggi. Boleh diperbaharui dan boleh diperbaiki.
  • Calar dan kesan terbakar boleh digosok (sanded out). Lompong atau lubang-lubang kecil boleh ditampal. Cantuman antara potongan kebiasaannya langsung tak terlihat.
  • Datang dalam ratusan warna dan design. Kebanyakannya menyerupai natural stone seperti granite. Kadang kala dipanggil man made marble. Sink juga ada yang diperbuat daripada solid surface.
  •  Versatile dan Elegant. Hampir tidak terlihat sambungan antara cantuman solid surface. Juga tidak meresap air. Diukir/ dibentuk seperti kayu.
  • Murah berbanding dengan granite tetapi agak tinggi harganya di pasaran kerana cantik dan kelasakannya.
  • Solid-Surface-Sink-KabinetDapur-ShahAlam

Quartz

  • Solid-Surface-Top-KabinetDapur-ShahAlam
  •  Material unik ini diperbuat daripada 90% quartz dan 10% acrylic atau epoxy binder.
  •  Material solid surface yang lebih baharu daripada solid surface tradisional. Juga dikenali sebagai ‘engineered stone’
  •  Perbezaan ketara antara quartz dan solid surface biasa adalah quartz lebih keras dan lebih cantik dan ‘clear’ serta berkilau yang tidak didapati pada solid surface biasa.
  •  Harga Quartz lebih mahal dari solid surface tradisional tetapi kedua-duanya adalah setanding dengan material granite.

High Pressure Laminate (HPL)

  • HPL-Kabinet-Dapur-ShahAlam
  • 70% kandungan HPL adalah kertas.
  • High Pressure Laminate (HPL) adalah banyak lapisan kertas yang direndam dengan bahan resins dan digabungkan (bonded together) menggunakan kepanasan dan juga tekanan.
  • Datang dalam banyak corak dan design. Seperti corak tekstur ira kayu atau batuan dan warna solid berkilat.
  • HPL warna Solid berkilat adalah kurang tahan calar berbanding yang bertekstur.
  •  Maica, Formica dan Mieco adalah nama-nama brand yang biasanya disebut apabila bercakap berkenaan laminate atau HPL.
  • hpl-kabinetdapur-shahalam
  •  

Concrete & Tiles

  • tiles2-kabinet-dapur-shahalam
  • Banyak pilihan tiles yang boleh buat dapur nampak menarik.
  •  Harga tidaklah terlalu mahal. Sesuai untuk kawasan dapur basah kerana ketahanan dan kelasakannya.
  • Selepas beberapa lama, tiles mungkin retak atau pecah. Perlu diganti. Kadangkala sukar untuk mendapatkan ganti tiles yang sama corak dan warna.
  •  Cantuman antara tiles tidak mudah dibersihkan khasnya selepas beberapa tahun. Cantuman perlu diperbaiki semula untuk mendapatkan kemasan yang cantik.
  •  
Call Now Button