012-2241043/ 012-3041061 sales@myhanawallpaper.com

 

Mana satu pilihan yang tepat antara Timber, Lantai Laminate dan Lantai Vinyl?

Di dalam memilih kemasan lantai untuk rumah kediaman atau premis perniagaan, selain daripada tiles atau mozek, terdapat beberapa lagi pilihan jenis lantai yang terdapat di pasaran. Antara yang popular adalah lantai ‘timber’, lantai laminate dan lantai vinyl.

 

Sekiranya tidak dibuat pada keseluruhan lantai kediaman, kemasan lantai biasanya dibuat untuk menyerlahkan kawasan ruang tamu, ‘hallway’ atau ruang makan.

 

Apabila memilih yang paling ekonomi dan senang untuk diselenggara, 2 jenis lantai yang biasa

menjadi pilihan adalah lantai vinyl dan laminate.

 

Mana Yang Lebih Baik?

 

Di antara keduanya pula, yang mana yang lebih baik?

 

Berikut adalah fakta mengenai keduanya. Diharapkan dengan perbandingan fakta ini dapat membantu anda yang sedang mencari info berkenaan lantai mana yang harus / sesuai dipilih untuk ruang anda

 

Lantai Laminate

Laminate-Floor-8mm-Hana-Wallpaper-ShahAlam

 

Lantai laminate adalah produk sintetik yang mampuĀ  memberi reflek sebenar kepada warna dan corak asal kayu. Jika anda memang sukakan corak dan warna kayu sebenar tetapi mempunyai bajet yang agak rendah, lantai laminate adalah jawapannya.

 

Terdapat banyak produk lantai laminate yang mendakwa ianya kalis air. Walaupun begitu, harus berhati-hati pada bahagian lantai yang dipotong sewaktu pemasangan kerana ditakuti mudah menjadi rosak jika terendam dengan air dalam jangka masa yang lama.

 

Lantai laminate juga biasanya lebih lembut pada kaki apabila dipijak. Ini disebabkan oleh jenis material laminate sendiri yang mengandungi kandungan kayu yang agak tebal ditambah dengan pengunaan foam layer sebelum pemasangan. Jika dahulu faktor ini menjadi faktor ‘menang’ laminate berbanding vinyl, kini dengan teknologi baru, lantai vinyl seperti SPC vinyl superclick dengan lapisan lembut IXPE mungkin sudah dapat menyamai lantai laminate dalam hal ini.

 

Walaubagaimanapun, satu kekurangan laminate berbanding vinyl adalah dari segi ketahanannya. Kadangkala anda akan dapati untuk keluasan lantai yang sama, harga lantai vinyl adalah lebih tinggi lagi tetapi lantai vinyl biasanya lebih tahan lama daripada lantai laminate. Lantai laminate mungkin terpaksa ditukar hanya selepas 10 tahun dipasang.

Klik untuk Pilihan lantai laminate kami di sini

 

Lantai Vinyl

Vinyl-SPC-5mm-IXPE-Click-Hana-Wallpaper-ShahAlam

 

Diperbuat daripada 100% plastik, lantai vinyl sudah tentulah sangat kalis kepada air. Ini menjadikan ia sesuai dipasang di kawasan seperti dapur atau tempat mendobi.

 

Terdapat 2 jenis vinyl yang biasa didapati dalam pasaran. Jenis WPC dan juga SPC. Vinyl WPC (Wood Composite Plastic) mengandungi komposisi termoplastik, serbuk kayu dan kalsium karbonat manakala Vinyl SPC (Stone Plastic Composite) pula seperti mana namanya mengandungi komposisi bahan seperti serbuk batu kapur natural, PVC dan stabilizer. Kedua-duanya adalah kalis air dan tidak kurang cantiknya daripada lantai laminate.

 

Jika anda inginkan lantai yang selesa dipijak, selain memilih lantai laminate, kini Vinyl SPC datang dengan layer IXPE yang menjadikannya lembut apabila bersentuhan dengan kaki. Ia juga mudah dipasang tanpa (memerlukan gam) kerana menggunakan teknologi ‘click’. Jika berhasrat menukar atau mungkin berpindah, lantai ini boleh dibuka dan dibawa ke destinasi baru.

 

Lantai vinyl semestinya tahan lasak dan mempunyai lifespan yang lebih lama daripada lantai laminate.

 

Klik link Untuk Pilihan Lantai WPC Vinyl 2mm, Lantai Vinyl WPC 3mm, Lantai Vinyl SPC 5mm dengan lapisan IXPE di sini.

Persamaan antara Lantai Vinyl dan Lantai Laminate

 

Kedua-duanya mudah untuk dipasang dan sangat mudah diselenggara. Pilhan Vinyl dengan teknologi klik semestinya membuatkan pemasangan DIY lebih mudah kerana tidak perlu membancuh dan menyapu gam.

 

Cara penjagaan keduanya amat mudah. Memvakum, menyapu dan melakukan kerja-kerja mop boleh dilakukan seperti biasa.

 

Bagaimanapun harga lantai vinyl kadangkala boleh jadi lebih mahal berbanding laminate – bergantung kepada ketebalan, jenis (WPC atau SPC) dan juga jenis teknologi seperti ‘Click’ yang membolehkan lantai vinyl boleh digunapakai.

 

Secara Ringkasnya

 

Semoga perkongsian kami dapat membantu anda memilih lantai jenis mana yang paling sesuai untuk rumah/ ofis anda

Untuk Pilihan Lantai yang Ada, boleh ke sini –> Pilihan Lantai

Untuk Pertanyaan lanjut/ sebutharga, whatsapp kami di 012-3041061/ 012-2241043

 

 

Call Now Button