012-2241043/ 012-3041061 sales@myhanawallpaper.com

Wainscoting-DIY-ShahAlam-HanaWallpaper

Soalan “Senang ke Nak Pasang Wainscoting ni?” antara Frequently Asked Questions (FAQ) berkenaan wainscoting diy yang trending dalam carta whatsapp kami. Marilah kami cuba menjawab secara jujurin.

Diberi rating 1 hingga 5, dari sangat kacang (senang) kepada sangat susah, jawapan yang berbeza-beza tu pasti!

Bang Installer, Senang ke Nak Pasang ni? 

Kemahiran saya harini adalah hasil memasang bertahun-tahun. Dah jumpa macam-macam jenis dan kondisi dinding, yang rata, yang senget, yang kalau ketuk sikit pun berderai dinding, yang berliku-liku. Saya pilih rating 1 – senang ya ampun! (Cuma penat sikitlah )

 

Puan Customer Yang Sudah Pernah Membeli wainscoting diy, Senang ke Pasang Ni?

 

Akak rasa macam nak give up. Kak tekan sini, terjungkit kot sana. Remehlah. Menyesal kak tak suruh pasang sekali. Kalau tau kak ambik servis install sekali! (Tak bagi rating, tapi ulang-ulang cakap menyesal tak suruh pasang sekali)

 

Encik Customer Yang Sudah Pernah Membeli wainscoting diy, Senang ke Pasang Ni?Mohon share sikit pengalaman tu.

 

Takdelah susah mana. Memang boleh buat. Saya memang minat juga DIY ni. Nak jimat pun satu hal. Kira rating 2 lah. (Kang 1 dah macam installer pulak). Siang kerja, jadi buat sikit-sikit, makan beberapa hari jugalah.

 

Apa cabaran pasang ni, boleh share?

 

Cabaran tu nak bagi level antara kotak-kotak tu dan lurus. Susah nak satukan kotak yang bercerai kat tang penjuru. Pastu dinding kami tak rata.

Berbaloi ke bang beli set ni?

Berbaloi sangat. Kalau ada masa cukup, boleh tumpu betul-betul. Lagi cantik. Ni pun rushing.

Jadi, apakah kesimpulannya? Kesimpulannya senang atau susah nak pasang tu bergantung pada minat dan kemahiran jugalah.

Kalau pasti anda seorang DIY lover, maka memang tak ada masalah langsung nak pasang. Barang-barang nak pasang kita dah beri sekali. Gambar di atas adalah hasil pemasangan DIY wainscoting yang dibeli dari kedai kami.

Kalau tak pasti dan tak yakin, dan ada bajet lebih, lebih mudah outsourcekan saja pada yang mahir.

Installer kami dah involve dengan banyak pemasangan. Tidak rushing tetapi sangat fokus. Dengan pertolongan tool yang kami ada, In sha Allah, mutu pemasangan sangat kami titikberatkan. Cantuman antara kotak dipastikan smooth dan level antara kotak inshaallah lurus ikut pembaris.

Kami juga memastikan kerja potong memotong sangat minima di site, supaya kurang pencemaran bunyi dan kurang habuk yang berterbangan.

Jika anda berniat untuk cantikkan rumah aildilfitri ini dengan wainscoting, bersegeralah booking slot pemasangan yang dah jejak ke awal April 2019. Ingatlah Puasa dah tak lama, selepas itu saja anak bulan Syawal akan kelihatan

Nak malu apa kalau tak pandai pasang, upahlah saja.
GoDiyOrUpahSaja

 

www.myhanawallpaper.com

#wainscotingshahalam #wainscotingselangor #wainscotingmalaysia
#wallpapershahalam #wallpaperselangor #wallpapermalaysia #homedecormalaysia #dekomalaysia

 

Call Now Button