012-2241043/ 012-3041061 sales@myhanawallpaper.com

Apa itu wainscoting dinding? Di manakah selalunya wainscoting didapati? Apakah impaknya kepada ruang dalam rumah apabila dipasang?

Apa Itu Wainscoting

Wainscoting adalah sejenis hiasan daripada Kayu atau material mdf yang ditampal / dilekat pada dinding dalam design tertentu.

Berasal dari Barat beratus tahun yang lalu, wainscoting biasanya terdapat dalam interior sesebuah rumah atau premis seperti butik, restoren atau studio. Ia menjadi pilihan kerana memberikan karakter kepada ruang selain kelihatan kemas, minimal dan tidak berserabut.

 

Kayu yang digunakan biasanya adalah kayu nyatoh yang tahan dan berkualiti. Ada juga yang menggunakan material seperti cornice kapur yang lebih rendah harganya tetapi kurang dari segi ketahanan.

Terdapat banyak jenis wainscoting. “Half Wall Dry Wall”, “Full Wall dry wall”, “Hall Wall Panelling”, “Full Wall Panelling”, “Beadboard”, “Board and Batten” adalah antara yang biasa dilihat.

 

Terdapat banyak jenis wainscoting. “Half Wall Dry Wall”, “Full Wall dry wall”, “Hall Wall Panelling”, “Full Wall Panelling”, “Beadboard”, “Board and Batten” adalah antara yang biasa dilihat.

Di Malaysia jenis yang popular adalah dry wall (half wall atau full wall), panelling (half wall/ full wall), beadboard dan board and batton.

Dry wall bermaksud kayu ditampal terus kepada dinding. Paneling pula merujuk kepada sekeping panel dibelakang wainscoting. Harga kedua jenis ini adalah sangat berbeza kerana paneling semestinya menggunakan lebih banyak kayu.

Di bawah adalah contoh-contoh jenis wainscoting

Kredit gambar : Hana Wainscoting Shah Alam  & Google

Untuk menghasilkan wainscoting, kayu perlu diukur (customise mengikut ukuran dinding) dan dipotong untuk menghasilkan frame.

Kebiasaanya kita melihat wainscoting berwarna putih tetapi ia boleh juga dicat dengan warna kegemaran seperti biru, merah, beige dan lain-lain.

wainscoting-shah-alam

Dalam menghasilkan potongan kayu  yang kemas dengan sudut yang tepat, disyorkan memotong kayu menggunakan mitre saw. Kerja memotong juga lebih cepat dengan mitre saw. Begitu juga dengan kerja mengecat atau undercoat. Biasanya penggunaan spray dan compressor menghasilkan kayu dengan cat sekata berbanding dicat menggunakan berus.

Set DIY Wainscoting Dinding

Untuk set DIY, biasanya kayu akan ditampal menggunakan gam. Selepas itu dikemaskan dengan sealent supaya jarak atau ruang antara dinding dan kayu tidak kelihatan. Kemudian barulah dicat untuk nampak lebih cantik lagi.

set-diy-wainscoting-shah-alam

Impak Wainscoting Pada Ruang

Apakah impak menggunakan wainscoting pada ruang anda? Ruang lebih berkarakter, selain kemas dan nampak minimal. Barulah sejuk apabila melangkah masuk ke rumah, kan?

Di Hana Wainscoting, kami menyediakan set diy wainscoting atau boleh juga mengambil servis pemasangan sekali mengikut kesesuaian bajet anda. Jom Hias dinding anda dengan wainscoting cantik ini daripada Hana Wainscoting Dinding Shah Alam hari ini.

 

Alamat Kami

 

Hana Wallpaper (& Cabinet),

 

28-2B Jalan Pahat G15/G, Dataran Otomobil, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor.

 

Call/ Whatsapp

012-2241043/ 012-3041061 (Appointment Base)

 

 

Set Appointment Dengan Kami Hari Ini

Untuk Pertanyaan atau Gallery Visit, Call atau Whatsapp Kami di 0123041061 (appoinment base). Atau Klik pada ikon Call di bawah ni ye!.

Call Kami
Call Now Button