Dah pasang wainscoting di rumah. Apa pula Gandingan hiasan yang sesuai ye?

Berikut adalah antara idea hiasan yang boleh digabungkan bersama wainscoting anda untuk menaikkan lagi seri ruang.

Kredit Gambar : Google

Cermin Hiasan

Cermin hiasan menjadi fokus dinding untuk ruang makan atau feature wall sebaik melangkah masuk ke dalam rumah. Cermin bentuk bulat, segiempat atau bentuk yang lain biasanya menjadi pilihan. Contoh cermin lain boleh lihat di sini

‘China’/ Chinoseries/ Porselin

Chinoserie, kebiasaanya berwarna biru dan putih bermotifkan ‘chinese’ pasti amat menyerlah digandingkan dengan dinding putih atau biru seperti di dalam gambar. Samada di letakkan di atas meja konsol atau disusun cantik di dinding, pasti menjadikan ruang amat unik.

Faux Fireplace

Faux fireplace warna putih atau hitam biasanya menjadi pilihan para peminat hiasan Inggeris

Frame Gambar

Antara yang paling popular adalah gandingan bersama frame gambar. Di ruang tamu atau ruang makan, gambar digantung biasanya di dalam frame wainscoting contohnya gambar momen bersama keluarga, gambar bunga-bungaan atau pemandangan dan juga gambar abstract

Gubahan Bunga Orkid

Satu lagi hiasan popular adalah gubahan bunga orkid pelbagai warna. Kebiasaannya adalah bunga orkid artificial yang lebih mudah dijaga dan dibersihkan.

Wallpaper/ Kertas Dinding

Selain ditampal pada keseluruhan dinding, menggunakan kemasan wallpaper di dalam kotak-kotak wainscoting juga menambah kelainan pada ruang

Banyak lagi hiasan lain yang sesuai digandingkan bersama wainscoting anda. Hiasan yang dipilih perlu seimbang dengan luas dan tema ruang supaya tidak nampak janggal, barulah sedap mata memandang.

Untuk yang berminat mendapatkan wainscoting atau wallpaper vinyl daripada Korea, kami menyediakan pilihan pasang sendiri (DIY) atau dengan pemasangan.

Pilihan design wallpaper ada di sini. Baca lanjut berkenaan wainscoting kami di sini

Contoh pemasangan lalu wallpaper dan wainscoting ada di sini